Mengapa anda perlu Mengikat atau Sandarkan Wang anda Pada EMAS
Saya ingin mendedahkan bahawa pelaburan emas merupakan pelaburan yang paling bijak dan tepat bagi anda. Pada post kali ini saya ingin kongsikan pula dengan pembaca blog 1gold1malaysia mengapa anda patut menyandarkan wang belanjaan anda kepada EMAS!!
Umum mengetahui bahawa wang kertas yang ada pada kita sebenarnya tiada nilai, tetapi ianya jadi bernilai apabila disandarkan kepada rizab simpanan emas.
Tetapi, apabila wang kertas yang dicetak melebihi nilai rizab simpanan emas, maka lebihan cetakan itu yang dipanggil "Fiat Money". Ianya hanyalah sehelai kertas yang dicetak dengan nilai muka diatasnya, tanpa ada emas yang menjadi sandarannya.
Justeru, bagi menambah nilai kepada wang fiat yang kita miliki, maka sandarkanlah ia dengan emas. Tetapi malangnya kita tidak mampu untuk mendesak pemerintah agar membuat penyelarasan semula dengan mengimbangkan diantara jumlah wang ringgit yang telah dicetak dengan rizab simpanan emas. Justeru, langkah yang boleh kita ambil ialah, kita sendiri perlu menyandarkan wang yang kita perolehi dengan emas!!
No comments:
Post a Comment